Sunday 19 June 2011

Dementia

Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.
Sebahagian dari pesakit dementia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.
DEMENTIA atau nyanyuk sering dikaitkan dengan orang tua. Hakikatnya, penyakit yang melibatkan bahagian otak ini juga turut berisiko dialami oleh golongan muda malahan kanak-kanak. Di negara ini, ia bukanlah satu penyakit yang asing kerana semakin tinggi jangka hayat dalam masyarakat hari ini akibat tahap kesihatan yang semakin baik, maka semakin tinggi juga risiko untuk mengalaminya.
"Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas. Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit ini," jelas Pakar Neurologi dan Perunding Perubatan HUKM, Prof. Madya Dr. Raymond Azman Ali.
Kelakuan bagi penhidap Dementia selalunya tidak terurus, tidak sesuai, mudah tergangu dan resah. Berkelakuan antisosial samada mendedahkan organ seks atau mencuri.Terdapat juga penurunan keinginan seperti melakukan sesuatu secara stereotype dan rigid, bila dipaksa berbuat lebih boleh menyebabkan kemarahan melampau.Bila keadaan bertambah teruk, berlakunya pengabaian penjagaan diri, kelakuan tidak bertujuan, stereotype dan mannerism, disorientated dan incontinence.
Tambahan pula, pemikiran akan menjadi lambat dan kurang bermakna, concrete thinking dan kurang tolak ansur. Mood juga akan menjadi resah, mudah marah dan murung. Seterusnya menjadi blunted dan boleh mengalami perubahan mood secara tiba-tiba. Selain itu, perubahan fungsi pemikiran seperti menjadi pelupa dan sukar mempelajari pelajaran baru. Tumpuan dan konsentrasi serta orientasi akan juga terganggu.









Etiologi
DEMENTIA adalah sebahagian daripada proses penuaan. Setiap individu yang memasuki usia 20 tahun mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut. Lebih cepat sel-sel otak mati, maka lebih tinggi risiko mendedahkan seseorang kepada dimentia.
• Setengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.
• Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tak terkawal, penyakit kencing manis, penyakit jantung, paras lemak dalam darah yang tinggi
• Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.
• Mereka yang terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah.
Ada juga terdapat fakta genetik/ keturunan yang didapati meninggikan risiko tanpa menyebabkan penyakit berlaku.
"Tidak ada kajian dilakukan bagi mengenalpasti punca nyanyuk di negara ini. Bagaimanapun, penyakit strok atau angin ahmar yang kerap berulang boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit ini. Penyakit alzheimer dan parkinson juga kerap ditemui menjadi punca nyanyuk. Penyakit seperti ketumbuhan otak di Lobus Frontal dan jangkitan otak yang menyebabkan ensefalitis (sawan) juga boleh menyebabkan pesakit menjadi nyanyuk. Punca-punca lain adalah akibat kekurangan vitamin B12, kekurangan hormon toksin/tiroid yang menyebabkan hipotirodism dan keturunan.
Penyakit Creutzfeldt Jakob Disease (CJD) yang dialami oleh golongan tua berusia 60 tahun ke atas juga didapati boleh menyebabkan dementia. Tanda-tanda penyakit ini ialah otot kejang dan pesakit tersentap, jalan tidak seimbang serta pergerakan kaku. Ia boleh berjangkit melalui otak, mata dan saraf tunjang.
TANDA-TANDA
1. Hilang daya ingatan/lupa
Pesakit tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa yang baru berlaku (lost of recent memory). Contohnya seperti lupa menu sarapan pagi yang dimakannya dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka masih ingat peristiwa atau perkara lama seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya. Namun, ingatan ini juga lama-kelamaan akan hilang dari ingatannya.
2. Fungsi otak merosot
Kemudian satu persatu fungsi otak merosot menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan lemah di kaki, daya makan dan menelan turut terganggu. Pesakit juga tidak mampu lagi mengawal pundi kencing dan pembuangan air besar menyebabkan mereka membuang air di merata-rata tempat. Pengeluaran najis juga tidak dapat dikawal dan keluar tanpa pengetahuan pesakit.
3. Hilang rasa malu
Pesakit juga tidak merasa malu berbogel di khalayak ramai atau di kalangan ahli keluarga. Mereka juga tidak segan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh atau berbincang mengenai topik-topik yang memalukan.
4. Hilang kebolehan asas
Mereka juga mula hilang pengetahuan asas seperti mengira, pengetahuan am lain seperti tidak dapat mengenali ahli keluarga yang biasa dilihat atau selalu dilihatnya seperti anak, cucu dan saudara mara lain.
Percakapan juga menjadi semakin sukar dan tahap kefahaman juga amat lemah. Ini adalah sebahagian tanda-tanda nyanyuk di peringkat yang teruk. "Tanda-tanda sama ada seseorang individu itu mengalami dimentia atau hanya penyakit lupa yang biasa dapat dikesan melalui ujian psikologi yang dilakukan. Pesakit akan menjalani ujian fungsi korteks yang diseragamkan di seluruh dunia seperti mengatur kiub, ujian ingatan dan pemeriksaan mata. Pada peringkat awal, doktor akan menjalankan ujian tahap kecerdasan otak.
Ujian scan otak (CT) boleh mengenalpasti sama ada otak mula mengecut atau sebaliknya. Ujian EEG juga kadangkala dilakukan bagi merakam gelombang otak. Gelombang otak yang hilang menunjukkan tanda-tanda dimentia. Tahap vitamin B12 dalam darah juga diukur. Jika ia kurang, maka pesakit akan diberikan suntikan yang mengandungi vitamin ini agar mereka boleh mengingat semula.
DIAGNOSIS/ PEMERIKSAAN
PESAKIT akan di berikan soalan soal selidik oleh pakar psikologi mengenai maklumat yang pernah mereka lalui bagi mengenal pasti tahap mental secara umum, jenis dan tahap penyakit yang dialami. Bagi pesakit yang sering terlupa kerana lalai, pakar psikologi akan mengadakan terapi psiko kerohanian kepada pesakit untuk membantu mereka menenangkan akal fikiran dan melatih diri menggunakan buku nota atau diari bagi mengelakkan terlalu kerap terlupa.

RAWATAN
RAWATAN bagi mengatasi masalah nyanyuk bergantung kepada punca terjadinya nyanyuk. Biasanya nyanyuk yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 boleh diatasi dengan pemberian vitamin ini. Bagaimanapun, ia hanya boleh diberi melalui suntikan memandangkan dos yang terdapat pada vitamin tambahan atau makanan tidak mencukupi untuk keperluan pesakit.
Begitu juga dengan nyanyuk akibat kekurangan hormon tiroid dan jangkitan otak boleh disembuhkan melalui rawatan memulihkan penyakit ini melalui pemberian hormon dan pembedahan otak.
"Bagaimanapun, punca nyanyuk akibat strok atau alzheimer tidak boleh disembuhkan dan pesakit terpaksa menghadapinya seumur hidup. Setakat ini belum ada lagi ubat untuk menyembuhkan nyanyuk. Sejenis ubat yang dikenali sebagai Tacrine digunakan bagi menghasilkan sejenis kimia dalam otak dikenali sebagai acetyl choline. Namun penggunaannya tidak begitu digalakkan," katanya lagi.
Dalam keadaan ini, pesakit hanya memerlukan penjagaan kebajikan dirinya kerana pesakit boleh mengalami pelbagai komplikasi lain seperti kematian akibat kemalangan dan sebagainya. Ini kerana pesakit yang hanya berbaring dalam satu keadaan sahaja boleh memudaratkannya dan perhatian daripada seseorang diperlukan bagi membantunya mengubah kedudukan pesakit. Bagi pesakit yang tidak di kawal, ubat sedatif digunakan bagi mengawal pergerakan mereka.
"Majoriti pesakit mati akibat jangkitan seperti penyakit pneumonia. Ini kerana pesakit yang mengalami dimentia yang teruk hanya mampu berbaring sahaja dan tidak batuk bagi mengeluarkan kahak. Kadangkala pesakit boleh mengalami kematian akibat penyakit lain dari nyanyuk. Oleh itu, pesakit perlu diberi penjagaan dan kawalan untuk keselesaan mereka.

Komplikasi
Jika dementia tidak dikesan awal, beberapa akibat mungkin terjadi, seperti:
• Peningkatan dalam penyakit fizikal atau penyakit mental
• Peningkatan dalam kadar kematian.
• Dementia boleh membawa kepada kemasukan dalam institusi penjagaan dengan lebih awal.
• Ia boleh menimbulkan tekanan kepada penjaga dan menimbulkan penyakit fizikal dan mental di kalangan penjaga.
• Ia boleh menyebabkan penderaan ke atas pesakit.
Pengurusan Pesakit Dementia
Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit.
Ada terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.
Pencegahan
Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, membaca dan sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia. Amalan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat dementia.
Rehabilitasi
Terdapat banyak terapi psikososial yang memberi manfaat kepada pesakit dementia. Ini termasuk memberi sokongan kepada pesakit dalam menjalani aktiviti harian mereka, menggalakkan aktiviti yang merangsang fungsi mental dan pancaindera mereka serta banyak lagi.
Kumpulan sokongan yang berdekatan anda seperti Alzheimer's Disease Foundation of Malaysia dan Johor Bahru Alzheimer's Disease Association (JOBADA) dapat membantu anda dalam memberi cadangan tentang aktiviti yang berkesan.

Penangguhan Bayaran Pinjaman MARA

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK KERANA MENYAMBUNG PENGAJIAN SEPENUH MASA
• Penangguhan bayaran balik hanya diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.

• Permohonan penangguhan boleh dibuat dengan cara menulis surat dan mengemukakan bersama surat pengesahan belajar dari institusi pengajian yang sedang diikuti yang mempunyai maklumat berikut:-

i) Nama Krusus yang sedang diikuti
ii) Tarikh mula pengajian
iii) Tarikh dijangka tamat pengajian
• Bayaran balik perlu dibuat 6 bulan selepas tamat pengajian.


Pengarah,
Bahagian Kawalan Kredit Tingkat 3,
Ibu Pejabat MARA 21,
Jalan Raja Laut,
50609,
Kuala Lumpur.

Tuesday 5 April 2011

Anemia Semasa Mengandung

PENGENALAN



Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung. Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras haemoglobin semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, seseorang itu masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini dalam tempoh kehamilan tersebut. Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :

• Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian.

• Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.

• Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia.

• Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.

• Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.




PENYATAAN MASALAH



Anemia merupakan kekurangan ferum yang ringan dan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh menyebabkan kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat serta lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.













KAJIAN LITERATURE

Menurut definisi World Health Organization , Anemia semasa mengandung ialah keadaan di mana bacaan kandungan hemoglobin kurang daripada 11g/dL, manakala anemia kekurangan iron semasa mengandung ialah satu keadaan di mana bacaan hemoglobin kurang daripada 11g/dL semasa mengandung yang disebabkan oleh kekurangan bekalan iron (artikel Brady PG “Iron deficiency anemia”).

Menurut takrifan World Health Organization terhadap anemia semasa mengandung, hampir 50% daripada wanita yang mengandung akan mengidapi Anemia sekiranya mereka tidak mengambil ubat hematinik (Oxford handbook of clinical specialties) .

Kajian menunjukkan bagi wanita mengandung yang mempunyai masalah Anemia kekurangan iron ,pengambilan iron tambahan dalam seharian boleh mengelakkan daripada melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pengambilan iron tambahan boleh juga mengurangkan kadar bayi dilahirkan sebelum tempoh matang iaitu ‘preterm labour’ (artikel “Impact of Anemia prophylaxis in pregnancy on maternal and fetus”/Medline).

Menurut buku (Oxford handbook of clinical specialties) bahagian obstetrics, seorang wanita yang mengandung akan mula mengalami keadaan anemia bermula minggu ke 20 dia mengandung .

Anemia semasa mengandung ialah seorang wanita yang mempunyai kandungan hemoglobin yang rendah semasa mengandung (Ismail Taqib dalam artikel Anemia semasa mengandung).



PENEMUAN




Pada tarikh 30 Mei 2011, saya dan rakan saya bertugas di Klinik ibu dan anak di daerah Pendang. Kami setiap orang bergilir-gilir bertugas di bahagian yang berlainan. Pada hari tersebut, saya bertugas di bahagian pemeriksaan antenatal yang melakukan pemeriksaan kandungan, memeriksa denyutan jantung janin, memberi pendidikan kesihatan dan memberi ubat hematinik. Seorang wanita mengandung yang berketurunan Siam berasal dari kawasan Kampung Tanah Merah. Dia berusia 21 tahun dan didapati menghidapi ‘Iron deficiency Anemia’, selepas menjalani ujian ‘Full blood count’ dan ujian serum ferritin yang diarahkan oleh doktor. Pesakit yang sedang mengandung kandungan yang berusia 22 minggu dengan bacaan hemoglobin 9.1g/dL dan bacaan tekanan darah ialah 120/84 mmHg. Ini merupakan kali pertama pesakit mengandung dan dia mengatakan dia tidak pernah mengidap masalah Anemia atau sebarang penyakit sebelum ini.













PERBINCANGAN


Menurut data yang terdapat di Klinik ibu dan anak di daerah Pendang, didapati peratusan penghidap Anemia semasa mengandung yang mempunyai bacaan hemoglobin dari 9-11g/dL ialah sebanyak 30.3% manakala bacaan kurang dari 9g/dL ialah 3.1% dan 66.6% yang lain ialah wanita mengandung yang mempunyai bacaan hemoglobin yang melebihi 11g/dL dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian literature (World Health Organization dalam artikel Brady PG “Iron deficiency Anemia). Oleh itu, statistik menunjukkan 33.4% wanita mengandung di dearah Pendang yang menghidapi Anemia semasa mengandung . Pemeriksaan antenatal secara berjadual dijalankan demi mengesan penyakit ini pada peringkat awal dan melakukan pencegahan dengan menggalakkan wanita mengandung mengambil ubat hematinik dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian literature (World Health Organization dalam Oxford handbook of clinical specialties).

Selain itu, peratusan kaum yang menghidapi Anemia semasa mengandung dalam daerah Pendang adalah 56.3% dan daripada penghidap Anemia semasa mengandung ialah kaum Melayu, 20.2%, kaum Cina, 10.78%, kaum India 9.6%, manakala 15.72% ialah kaum yang lain. Perkara ini jelas terbukti bahawa penghidap Anemia semasa megandung adalah tinggi di dalam daerah Pendang. Anemia terjadi disebabkan oleh sel darah merah yang berperanan untuk mengagihkan oksigen ke seluruh badan. Komponen darah yang memainkan peranan utama dalam hal ini dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan. Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah penting untuk mengekalkan paras hemoglobin dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian literature (Ismail Taqib dalam artikel Anemia semasa mengandung)


Bagi meningkatkan tahap hemoglobin wanita mengandung yang menghidapi Anemia, mereka perlu diberi makanan tambahan iaitu vitamin B complex, vitamin C, asid folik dan ferrous fumarate. Selain itu, pendidikan kesihatan juga diberikan kepada wanita mengandung yang menghidapi Anemia mengenai pengambilan makanan yang tinggi zat besi dan vitamin C, contohnya daging, hati haiwan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Penyebaran maklumat tentang Anemia semasa mengandung melalui media masa elektronik, melalui laman web kesihatan, iklan di majalah dan surat khabar serta cetak risalah berkaitan dengan Anemia semasa mengandung untuk diberikan kepada ibu mengandung. Selain itu, mengadakan ceramah atau sesi pendidikan kesihatan bagi wanita-wanita mengandung supaya mereka memahami kesan buruk Anemia semasa mengandung terhadap tubuh badan dan perkembangan fetus, supaya mereka mengambil berat akan kesihatan mereka semasa mengandung dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian literature dalam artikel (“Impact of Anemia prophylaxis in pregnancy on maternal and fetus”/Medline).















PENYELESAIAN


Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi adalah tambahan asid folik dan ferum. Ferum tambahan perlu diambil 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.
Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.
















RUMUSAN

Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk pesakit dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan pesakit dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup. Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.
Demi kesihatan ibu mengandung dan fetus dalam kandungan, ibu mengandung harus mengambil penyakit ini sebagai suatu perkara yang penting dan berusaha untuk mengubatinya dengan mematuhi arahan doktor seperti menjaga pemakanan. Bagi melahirkan bayi yang sihat dan sempurna, pengamal perubatan dan ibu harus saling bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini .












RUJUKAN





1. Madan N, Agarwal N, Sikka M, Sood S. Effect of maternal iron deficiency anemia on fetal outcome.[Medline]
2. Garn SM, Ridella SA, Tetzold AS, Falkner F. Maternal hematological levels and pregnancy outcomes.[Medline]
3. Brady PG (2007). ‘Iron deficiency anemia´. SouthAus.
4. Singla PN , Dash D, Shankar R. ‘Fetal growth in maternal anemia’.
5. World Health Organization , health topic 2010.
6. Artikel ‘hemoglobin science facts ‘dari www.austincc.edu.
7. Artikel Anemia semasa kelahiran oleh Ismail Taqib .
8. Kajian Anaemia in pregnancy²a cross-sectional study in Singapore
9. Laporan kajian Anemia in pregnancy in Malaysia oleh Haniff J, Das A, Onn LT, Sun CW, Nordin NM, Rampal S, Bahrin S, Ganeslingam M, Kularatnam KI, Zaher ZM. Kementerian Kesihatan Malaysia , Pusat Perubatan Universiti Malaya , Hospital kuala Lumpur .

Sunday 20 February 2011

orientasi dan penyelian

Setiap organisasi memerlukan tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti tertentu demi mencapai matlamat organisasi. Tenaga manusia yang sedia ada mungkin pupus di sebabkan beberapa sebab seperti persaraan, perletakan jawatan dan pertukaran. Oleh itu, tenaga manusia yang pupus ini perlu di ganti bagi mencapai matlamat organisasi.
Sesebuah organisasi perlu mengembangkan aktivitinya.Oleh itu, tenaga manusia baru perlu di ambil bertujuan untuk meningkatkan atau mengekakalkan produktiviti organisasi. Tenaga manusia baru mungkin belum mempunyai pengalaman kerja dan belum mengetahui matlamat organisasi. Pekerja baru boleh menyesuaikan diri dengan situasi baru apabila satu program suaikenal diadakan bagi memastikan pekerja baru dapat memahami struktur organisasi dan matlamat sebenar organisasi.
Tambahan pula, setiap organisasi memerlukan seseorang yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan mutu dan kelancaran kerja berjalan dengan sempurna. Seseorang itu juga di kenali sebagai penyelia.
Penyelia bertanggungjawab memastikan mutu kerja mengikut spesifikasi atau piawaian yang di kehendaki oleh organisasi atau pelanggan. Selain itu, penyelia perlu memastikan kelancaran sesuatu proses penyeliaan dan memastikan tiada halangan dalam penyeliaan.









(Ab. Aziz Yusof, 2004) dalam buku pengurusan sumber manusia edisi kedua menyatakan orientasi sebagai proses untuk membolehkan pekerja baru dapat berfungsi dengan selesa dan berkesan terhadap tugas yang diberikan.
(Ebi Shahrin Suleiman,Ungku Norulkamar Ungku Ahmad dan Ruzita Selamat, 2004) dalam buku prinsip pengurusan menyatakan orientasi adalah individu yang baru memasuki mana-mana organisasi tentunya memerlukan pengenalan terhadap organisasi dan tugas yang perlu dilaksanakan.
(Gomez-Mejia et al,1995) menyatakan orientasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses memberitahu anggota baru tentang apa yang diharapkan daripada mereka dalam pekerjaan dan organisasi serta membantu mereka untuk menangani tekanan dalam tempoh peralihan.
(Wan Mohd Zahid Wan Mohd. Noordin, 1987) menyatakan penyeliaan merupakan satu proses memerhati, membimbing dan memberi maklumbalas kepada aktiviti profesional oleh penyelia ke atas stafnya.
(Alfonso et. Al., 1980) menyatakan konsep penyeliaan sebagai satu tingkahlaku yang dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan kesan kepada penyelia untuk mempertingkatkan lagi mutu kerja oleh staf-staf dibawahnya dan seterusnya mencapai sesuatu matlamat tertentu.
(Adair , 1992) menyatakan tugas penyeliaan diakui merangkumi aspek kepimpinan, komunikasi, dan penyelesaian masalah.







Berdasarkan kajian literature, (Gomez-Mejia et al, 1995) telah membangunkan satu model kajian yang menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penyertaan seseorang pekerja ke sebuah organisasi akan membawa pengertian besar kepada kedua-dua pihak iaitu pekerja berkenaan dan organisasi yang mengajikannya. Pekerja akan mendapat pekerjaan yang seterusnya memberikan gaji dam ganjaran lain untuk menyara kehidupan yang normal. Majikan juga memperolehi kebaikan dari penyertaan anggota baru berkenaan kerana ia dapat menggunakan kepakaran dan tenaganya untuk membantu organisasi mencapai objektifnya. Oleh itu, pada peringkat awal penyertaan anggota tersebut ke dalam organisasi, satu program khas perlu diadakan untuk memastikan beliau memahami peranannya sebagai pekerja dan pengharapan majikan terhadapnya.
Tambahan pula, proses orientasi yang dirancang dan dikelolakan dengan baik merupakan satu titik permulaan yang baik bagi kerjaya Penolong Pegawai Perubatan (PPP). Perkara ini adalah jelas disokong berdasarkan kajian literature (Ebi Shahrin Suleiman,Ungku Norulkamar Ungku Ahmad dan Ruzita Selamat, 2004) iaitu segala maklumat yang di berikan kepada anggota PPP baru adalah bertujuan menyediakan seorang PPP yang lebih memahami tugasnya serta pengharapan organisasi terhadapnya dan dapat menyemai nilai-nilai korporat didalam jiwanya. Selain itu, program orientasi anggota PPP baru dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila berfokuskan kepada pembelajaran dan pembangunan sikap iaitu bukan semata-mata pemberian maklumat sahaja. Perkara ini dapat disokong melalui kajian literature (Ab. Aziz Yusof, 2004) iaitu jika semua anggota PPP menerima proses orientasi yang baik, mereka akan memahami tugas mereka dengan jelas dan mengetahui kehendak organisasi. Ini bermakna, satu pasukan pekerja yang berprestasi tinggi dan berjiwa organisasi dapat dilahirkan.



Tidak boleh dinafikan lagi, penyeliaan di peringkat Klinik Daerah (KD) selalunya di kendalikan oleh PPP. Tanggunjawab PPP adalah untuk memastikan segala program pada peringkat KD berjalan dengan lancar dan mengambil kira aspek mutu kerja, kos serta menepati masa dan perkara ini dapat di sokong melalui kajian literature (Alfonso et. al.,1980). PPP dapat mencapai mutu kerja melalui penyeliaan di KD dengan memastikan KD berfungsi dengan sempurna dan mencapai objektif yang ditentukan. Selain itu, menjimatkan kos menunjukkan penyeliaan seseorang PPP berada di tahap terbaik. Contohnya, PPP yang merujuk kes hanya perlu menggunakan kenderaan klinik jika betul-betul perlu dan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.
Seterusnya, berdasarkan kajian literature (Wan Mohd Zahid Wan Mohd. Noordin, 1987) telah menyokong konsep penyeliaan yang berasaskan mengawal selia aktiviti oleh penyelia ke atas stafnya. Perkara ini dapat dibuktikan apabila staf yang bertugas perlu datang bertugas mengikut masa yang ditetapkan dan membuat kerja mengikut masa yang diarahkan. PPP juga perlu melayan atau menyelesaikan masalah pada peringkat KD termasuk agak peribadi sekiranya keadaan tersebut menyebabkan mutu kerja organisasi menurun dan perkara ini disokong berdasarkan kajian literature (Adair,1992). Tambahan pula, PPP perlu membuat anggaran belanjawan bulanan dan suku tahunan. Ini termasuk keperluaan seperti ubat, minyak kenderaan, elaun perjalanan dan elaun kerja lebih masa serta memastikan klinik dan sekitarnya sentiasa bersih dan kemas.







Orientasi yang berkesan akan membentukkan asas yang kukuh dalam semua amalan pengurusan yang baik. Penumpuan perlu di berikan kepada motivasi anggota PPP serta membentuk sikap-sikap baik dan peningkatan ilmu pengetahuan serta kemahiran. Oleh itu, ia akan meningkatkan keupayaan organisasi untuk bersaing dengan pencabar lain. Selain itu, aktiviti-aktiviti perlu dirancang dengan rapi bagi memastikan objektif orientasi tercapai. Dengan pengelolaan orientasi yang berkesan, maka sesebuah organisasi akan mempunyai pekerja-pekerja yang betul-betul mempunyai pengetahuan tentang hasrat organisasi dan berusaha untuk mencapai matlamat organisasi.
Setiap penyelia perlu menghargai kepentingan pengurusan dalam perkembangan masyarakat. Mempelajari asas penyeliaan akan membentuk pengetahuan asas untuk menjadikan sesuatu tugas PPP itu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Memandangkan dunia pada hari ini dihimpit arus globalisasi, maka proses penyeliaan juga turut mengalami perubahan. Penyelia pada hari ini perlu peka kepada perubahan persekitaran dan menyesuaikan keadaan dengan proses perancangan, penorganisasian, kepemimpinan dan pengawalan. Peralihan paradigma penyelia akan membolehkan organisasi berdaya saing dalam arus cabaran globalisasi. Kegagalan penyelia dan keengganan untuk berubah akan menyebabkan proses penyeliaan mengalami masalah.









Adair, J. (1992). The Effective Supervisor. In J. Adair, The Effective Supervisor. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
al, Gomej-Mejia. e. (1995). Managing Human Resources. In B. B. L.R. London: Prentice Hall.
al., A. e. (1990). Essentials Of Organisational Behavior. In Alfonso, Essentials Of Organisational Behavior. New Jersey: Prentice Hall Publications.
Ebi Shahrin Suleiman, U. N. (2004). Prinsip Pengurusan. In U. N. Ebi Shahrin Suleiman, Prinsip Pengurusan (pp. 230-236). Kuala Lumpur: Fajar Ulung Sdn Bhd.
Noordin, W. M. (1987). Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan. In W. M. Noordin. Kuala Lumpur: Penerbitan Pelangi Bhd.
Yusof, A. A. (2004). Pengurusan Sumber Manusia Edisi Kedua. In A. A. Yusof, Pengurusan Sumber Manusia (pp. 121-125). Kuala Lumpur: Global eSolutions.