Tuesday 5 April 2011

Anemia Semasa Mengandung

PENGENALAN



Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung. Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras haemoglobin semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, seseorang itu masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini dalam tempoh kehamilan tersebut. Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :

• Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian.

• Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.

• Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia.

• Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.

• Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.




PENYATAAN MASALAH



Anemia merupakan kekurangan ferum yang ringan dan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh menyebabkan kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat serta lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.













KAJIAN LITERATURE

Menurut definisi World Health Organization , Anemia semasa mengandung ialah keadaan di mana bacaan kandungan hemoglobin kurang daripada 11g/dL, manakala anemia kekurangan iron semasa mengandung ialah satu keadaan di mana bacaan hemoglobin kurang daripada 11g/dL semasa mengandung yang disebabkan oleh kekurangan bekalan iron (artikel Brady PG “Iron deficiency anemia”).

Menurut takrifan World Health Organization terhadap anemia semasa mengandung, hampir 50% daripada wanita yang mengandung akan mengidapi Anemia sekiranya mereka tidak mengambil ubat hematinik (Oxford handbook of clinical specialties) .

Kajian menunjukkan bagi wanita mengandung yang mempunyai masalah Anemia kekurangan iron ,pengambilan iron tambahan dalam seharian boleh mengelakkan daripada melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pengambilan iron tambahan boleh juga mengurangkan kadar bayi dilahirkan sebelum tempoh matang iaitu ‘preterm labour’ (artikel “Impact of Anemia prophylaxis in pregnancy on maternal and fetus”/Medline).

Menurut buku (Oxford handbook of clinical specialties) bahagian obstetrics, seorang wanita yang mengandung akan mula mengalami keadaan anemia bermula minggu ke 20 dia mengandung .

Anemia semasa mengandung ialah seorang wanita yang mempunyai kandungan hemoglobin yang rendah semasa mengandung (Ismail Taqib dalam artikel Anemia semasa mengandung).



PENEMUAN




Pada tarikh 30 Mei 2011, saya dan rakan saya bertugas di Klinik ibu dan anak di daerah Pendang. Kami setiap orang bergilir-gilir bertugas di bahagian yang berlainan. Pada hari tersebut, saya bertugas di bahagian pemeriksaan antenatal yang melakukan pemeriksaan kandungan, memeriksa denyutan jantung janin, memberi pendidikan kesihatan dan memberi ubat hematinik. Seorang wanita mengandung yang berketurunan Siam berasal dari kawasan Kampung Tanah Merah. Dia berusia 21 tahun dan didapati menghidapi ‘Iron deficiency Anemia’, selepas menjalani ujian ‘Full blood count’ dan ujian serum ferritin yang diarahkan oleh doktor. Pesakit yang sedang mengandung kandungan yang berusia 22 minggu dengan bacaan hemoglobin 9.1g/dL dan bacaan tekanan darah ialah 120/84 mmHg. Ini merupakan kali pertama pesakit mengandung dan dia mengatakan dia tidak pernah mengidap masalah Anemia atau sebarang penyakit sebelum ini.













PERBINCANGAN


Menurut data yang terdapat di Klinik ibu dan anak di daerah Pendang, didapati peratusan penghidap Anemia semasa mengandung yang mempunyai bacaan hemoglobin dari 9-11g/dL ialah sebanyak 30.3% manakala bacaan kurang dari 9g/dL ialah 3.1% dan 66.6% yang lain ialah wanita mengandung yang mempunyai bacaan hemoglobin yang melebihi 11g/dL dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian literature (World Health Organization dalam artikel Brady PG “Iron deficiency Anemia). Oleh itu, statistik menunjukkan 33.4% wanita mengandung di dearah Pendang yang menghidapi Anemia semasa mengandung . Pemeriksaan antenatal secara berjadual dijalankan demi mengesan penyakit ini pada peringkat awal dan melakukan pencegahan dengan menggalakkan wanita mengandung mengambil ubat hematinik dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian literature (World Health Organization dalam Oxford handbook of clinical specialties).

Selain itu, peratusan kaum yang menghidapi Anemia semasa mengandung dalam daerah Pendang adalah 56.3% dan daripada penghidap Anemia semasa mengandung ialah kaum Melayu, 20.2%, kaum Cina, 10.78%, kaum India 9.6%, manakala 15.72% ialah kaum yang lain. Perkara ini jelas terbukti bahawa penghidap Anemia semasa megandung adalah tinggi di dalam daerah Pendang. Anemia terjadi disebabkan oleh sel darah merah yang berperanan untuk mengagihkan oksigen ke seluruh badan. Komponen darah yang memainkan peranan utama dalam hal ini dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan. Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah penting untuk mengekalkan paras hemoglobin dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian literature (Ismail Taqib dalam artikel Anemia semasa mengandung)


Bagi meningkatkan tahap hemoglobin wanita mengandung yang menghidapi Anemia, mereka perlu diberi makanan tambahan iaitu vitamin B complex, vitamin C, asid folik dan ferrous fumarate. Selain itu, pendidikan kesihatan juga diberikan kepada wanita mengandung yang menghidapi Anemia mengenai pengambilan makanan yang tinggi zat besi dan vitamin C, contohnya daging, hati haiwan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Penyebaran maklumat tentang Anemia semasa mengandung melalui media masa elektronik, melalui laman web kesihatan, iklan di majalah dan surat khabar serta cetak risalah berkaitan dengan Anemia semasa mengandung untuk diberikan kepada ibu mengandung. Selain itu, mengadakan ceramah atau sesi pendidikan kesihatan bagi wanita-wanita mengandung supaya mereka memahami kesan buruk Anemia semasa mengandung terhadap tubuh badan dan perkembangan fetus, supaya mereka mengambil berat akan kesihatan mereka semasa mengandung dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian literature dalam artikel (“Impact of Anemia prophylaxis in pregnancy on maternal and fetus”/Medline).















PENYELESAIAN


Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi adalah tambahan asid folik dan ferum. Ferum tambahan perlu diambil 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.
Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.
















RUMUSAN

Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk pesakit dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan pesakit dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup. Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.
Demi kesihatan ibu mengandung dan fetus dalam kandungan, ibu mengandung harus mengambil penyakit ini sebagai suatu perkara yang penting dan berusaha untuk mengubatinya dengan mematuhi arahan doktor seperti menjaga pemakanan. Bagi melahirkan bayi yang sihat dan sempurna, pengamal perubatan dan ibu harus saling bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini .












RUJUKAN





1. Madan N, Agarwal N, Sikka M, Sood S. Effect of maternal iron deficiency anemia on fetal outcome.[Medline]
2. Garn SM, Ridella SA, Tetzold AS, Falkner F. Maternal hematological levels and pregnancy outcomes.[Medline]
3. Brady PG (2007). ‘Iron deficiency anemia´. SouthAus.
4. Singla PN , Dash D, Shankar R. ‘Fetal growth in maternal anemia’.
5. World Health Organization , health topic 2010.
6. Artikel ‘hemoglobin science facts ‘dari www.austincc.edu.
7. Artikel Anemia semasa kelahiran oleh Ismail Taqib .
8. Kajian Anaemia in pregnancy²a cross-sectional study in Singapore
9. Laporan kajian Anemia in pregnancy in Malaysia oleh Haniff J, Das A, Onn LT, Sun CW, Nordin NM, Rampal S, Bahrin S, Ganeslingam M, Kularatnam KI, Zaher ZM. Kementerian Kesihatan Malaysia , Pusat Perubatan Universiti Malaya , Hospital kuala Lumpur .

1 comment: